“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya. “Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.”
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.”
Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.”
Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
“Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga. “Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
..........................................................................................................................
yea hati terluka tak ade saper yg tahu... pendam ajelahh...
tapi takut lak lama2 pendam nanti dia meletup pulak.... mmm... haru biru nanti...
nak bagitahu serba salah... tak bagitahu... entah leee...
jap fikir lagi... yea tak.. yea tak.. uhhh tak kot.. kenapa???... pasti ada alasan nya yg tersendiri...
daripada org lain terluka baik diri sendiri yg terasa betul tak...
"ape tak betul...."
arghhhh... suka hati aku lee hehe...



10 chit chat:
tepat skali zai... sekali terluka seribu tahun takkan lupa, inikan pulak 365 hari [tahun lompat].
apepun wat bodo je la ngan org camni, tk kose nak layan... huhu
zai,
Paku ke dinding nampak kesannya,
luka di hati siapa yang tahu...
kalau aku jumpa orang tu, mesti aku ajak datang ke rumah. boleh tolong pakukan almari aku yang tercabut pintu ni ha.
teja...
teruk betul luka ko tu yerk...dasyat wooo!!!
k.za...
365 hari... aduhhh... lama terluka nanti sakit tue... huhu... tak ada ubat....
mantan...
dia pakai paku besar memang lee kesan tue nampak... cuba cucuk ngan jarum jee.. maybe tak nampak sangat kot hehe...
yg penting jgn luka hati org lain...
one...
bagus idea tue... nanti zai cari budak tue... sb one tak larat nak memaku almari dia...hehe..
one... cian teja terluka juga... ada plaster tak huhu....
maafkan sy zai.... mungkin sy tidak melakukan kesalahan yg sengaja tp nak mintak maaf jugak supaya tak perlu ler nak cabut paku dan dinding tidak berlubang!....hehehe
zaijb, ko tau kn aku cesarean, tntu la lama nk sembuh... dokto suh pantang 3 thn, tp dpt 365 hari je, adoiii...
one, ko jgn nk kait aku... geget tgn ko kang.
lalalala...
Post a Comment