
10 langkah utk mengurangi stress di waktu pagi.
Siapkan pakaian yang hendak di pakai, pada esok hari, jangan menaruh kunci motor/kereta sembarangan – taruhlah di tempat khas, dan persiapan utk sarapan pagi. – ini yg selalu sy buat he..
2. Rencanakan apa yang hendak dilakukan.
Setiap malam, tulislah agenda-agenda penting esok hari yang perlu anda lakukan. Ketika anda menulis, jauhkan perasaan khuatir yang menghantui fikiran anda : bagaimana kalau ini, bagaimana kalau itu. Tuliskan saja ape yg ingin dilakukan. – betul tue... selalunya saya set dlm kepala jee malas nak tulis..hu..
3. Hilangkan segera hal-hal yg menganggu anda.
Jika alarm jam rosak, bunyi2an yg menganggu, kereta/motor susah nak start di pagi hari … segera memperbaiki dan hilangkan faktor-faktor penyebab stress ini dari kehidupan anda. Jika telah mengetahui... jauhi hal2 tersebut. – arhhhgg jarang ada...
4. Istirahat yang baik di malam hari.
Pastikan tidur mencukupi setiap malam. Tentukan waktu tido dan waktu anda hendak bangun. Jumlah waktu tidur yg baik antara 6-8 jam sehari. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk ini utk mendapatkan keselesaan semasa tidur. Jangan minum yg berkafein ini boleh menybbkan anda tak leh nak tido – uhh tak pernah dapat tido sampai 8 jam..huhu.. byk keje nak buat.. yg pastinya bilik mesti selesa itu mesti!!
5. Bangunlah ½ jam lebih awal.
Waktu ½ jam dapat membuat anda menjalani pagi hari dengan tenang atau tidak terburu-buru. Selama anda memiliki waktu istirahat yang cukup, bangun ½ jam lebih awal. – ishh tak kose leee mengantuk lagi hehe...
6. Minumlah segelas air putih setelah bangun tidur.
Tubuh kita mengandungi dari 60 – 70% cairan. Jadi air adalah komponen sangat penting. Jika anda kekurangan cairan maka darah anda akan mengental dan hal ini mengakibatkan jantung anda mengepam darah 2 x lebih cepat. Bahaya utk jantung anda. – kena minum air masak byk2 lahhh... setiap pagi sy beli milo ais okey kot hahaha....
7. Lakukan senaman ringan selama 5-10 menit di pagi hari.
Apakah anda merasa sedikit terhuyung-huyung/pening ketika anda bangun? Jangan takut, ini adalah hal yang normal. Yang harus anda lakukan adalah membantu melancarkan aliran darah setelah anda bangun dr tidur.- ohhh mengeliat pun best juga...he..
Muzik dapat mempengaruhi fikiran secara positif, hingga boleh memotivasikan diri anda. Pilihlah lagu-lagu yang membuat anda merasa ceria dan bersemangat sambil anda melakukan aktiviti di waktu pagi.
Sementara mandi air hangat adalah sebuah pengalaman yang dapat membuat anda merasa tenang di pagi hari. – tapi lagi best kalau mandi ngan air sejuk lagi terasa segar...
Hidup ini sangatlah singkat, aturlah waktu dengan lebih efektif. Mungkin akan ada beberapa pengecualian, namun langkah diatas mungkin membantu mengatasi sebahagian besar stress di pagi hari dan …. kelak anda pasti lebih banyak mengucapkan syukur....


10 chit chat:
pepagi dah hujan lebat ni. bebudak pulak liat je nak bangun pagi. suka atau tidak...kena jugak pergi sekolah.
satu lagi bahan yg cukup menarik buat saya - jinggo - nak copy dan simpan...
terima kasih zai..
ha.....
teringin aku nk buat buaian kat bawah pokok tu... sape tlg nk panjat erk??
tips yang bagus
one zaba,
haaa... rasa nye sesuai dipraktikan dlm no.5... yealah kena bangun awal sb nak kejut kan bebudak tue.. kalau tak kita pun terlewat juga... haru biru nanti ..hehe...
jinggo,
ambillahhh... memang nak bagipun... gunakan... tips yg sgt bagus...he..
teja,
satu lagi.. nak buat buaian yea... (ko memang tak ada keje k.za..he)
so no.2 plan dulu... kalau ada org nak tolong panjat... teruskan jee agenda tue...
hahaha... pasti berjaya..
mantan,
yea mantan gunakan ape yg kita rasakan sesuai... tapi memang okey tips nie...
Selamat Mencuba..he..
ape kata ko yg panjat zai... tntu ramai yg nak bantu ko... aku tgk je dr jauh... hehe
amboiiiiiiiiii....... nak kena geget k.za nie...eiii...
Post a Comment